MSI Mula Terima Pra Tempahan Barisan Komputer Riba Titan Dan Raider

Barisan komputer riba MSI baharu yang dijana cip generasi ke-12 Intel kini boleh dipra tempah bermula 22 hingga 31 Julai 2022. Ia merupakan siri HX daripada Titan dan Raider.

Pelanggan yang membuat pratempah juga akan mendapat dompet Steam $100 dan Fitbit Luxe.

Dengan peningkatan prestasi CPU sebanyak 100%, MSI Overboost Technology membantu PC mendapatkan 250W ke CPU dan GPU.

Barisan komputer riba yang sedia dipra tempah:

  • Titan GT77 HX

    • Titan GT77 12UGS-050 (RM17,999)

    • Titan GT77 12UHS-034 (RM23,999



  • Raider GE77 HX

    • Raider GE77HX 12UHS-069 (RM20,999)

    • Raider GE77HX 12UHS-070 (RM12,499)



  • Raider GE67 HX

    • Raider GE67HX 12UGS-072 (RM13,499)




Bukan itu sahaja, kesemua laptop gaming MSI ini dilengkapkan dengan papan kekunci dengan suis Cherry MX.

Dari segi paparan pula, ia menggunakan skrin OLED QHD 240Hz daripada Samsung, memberikan kadar respons yang rendah, liputan gamut warna yang luas serta nisbah kontras yang tinggi.

Anda boleh ke pautan INI untuk laman rasmi MSI bagi melihat spesifikasi penuh peranti-peranti tersebut dan maklumat lanjut tentang pratempahan.

Sumber: Siaran Akhbar MSI