MSI Mula Melancarkan Kemas Kini BIOS Untuk Motherboard siri AMD 500

Kemas kini BIOS Combo PI V2 1.0.8.1 kini tersedia untuk sembilan motherboard MSI B550. Ia akan tersedia di semua motherboard MSI X570 dan B550 pada pertengahan September.



Buat pemilik motherboard A520, ia akan tersedia pada akhir bulan September. Antara kemas kini yang terbaru adalah:

  • Keserasian memori yang dioptimumkan

  • Keupayaan overclocking memori yang dioptimumkan

  • Mengurangkan masalah resume S3

  • Menyelesaikan masalah RAID pada platform B550

  • Menyokong tetapan UMA untuk pemproses Ryzen 4000 siri-G




Sekiranya anda mempunyai motherboard MSI X570, B550 atau A520, maka anda mungkin perlu mengemas kini BIOS terkini. Kemas kini baru ini tersedia di motherboard AMD gen terkini MSI, ia akan meningkatkan memori overclocking dan menyelesaikan beberapa masalah yang berlanjutan.

Seperti biasa, anda boleh memuat turun kemas kini dari laman web MSI dan memasangnya menggunakan M-Flash atau BIOS Flashback. Pastikan anda memuat turun BIOS mengikut motherboard yang anda miliki di laman web MSI dan bukan di tempat lain.