MSI Modern Series Kini Rasmi - Komputer Riba Ringan Dengan Intel Gen-11, Harga Bermula RM3699

Umum mengetahui bahawa jenama MSI sering dikaitkan dengan komputer riba atau perkakas hanya untuk gaming.

MSI kini mengumumkan barisan komputer riba baharu mereka iaitu MSI Modern Series. Ia menampilkan cip pemproses terbaru Intel Tigerlake digandingkan grafik NVIDIA MX450 atau Intel Iris Xe.



Turut menggunakan storan 512GB SSD PCIe Gen 4 dan thunderbolt 4 bagi sokongan produktiviti yang lebih baik.

Siri ini hadir dengan dua varian iaitu skrin 14 inci dan 15 inci serta paparan yang mempunyai bezel nipis, panel IPS beresolusi 1080p dan sokong teknologi True Colour MSI.

Rekaan Modern 14 dan Modern 15 sangat nipis dan mudah dibawa dengan berat masing-masing hanya 1.3kg dan 1.6kg. Baterinya juga mampu memberikan penggunaan sehingga 10 jam serta sokong pengecasan pantas.



Buat masa ini, Modern 14 ditawarkan warna Bluestone sementara Modern 15 dengan warna Carbon Grey. Warna lain akan ditawarkan tidak lama lagi.

Bagi harga pula, ia bermula RM3699 untuk model MSI Modern 15 dengan grafik Intel Iris Xe. Ia sudah boleh dibeli mulai hari ini secara dalam talian atau pengedar MSI yang sah.