Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
msi rx 6800xt

MSI Melancarkan Kad Grafik Radeon RX 6800 Gaming Trio

Diterbitkan November 19, 2020 oleh Amsyar Latif

MSI di antara jenama yang terawal dalam melancarkan kad grafik AMD Radeon RX 6800 iaitu RX 6800 Gaming Trio.

MSI Melancarkan Kad Grafik Radeon RX 6800 Gaming Trio

Mereka melancarkan empat kad grafik bagi siri ini – RX 6800 XT Gaming X Trio, RX 6800 XT Gaming Trio, RX 6800 Gaming X Trio dan RX 6800 Gaming Trio.

MSI Melancarkan Kad Grafik Radeon RX 6800 Gaming Trio

Kad grafik ini disaluti warna yang baharu dimana hadir dengan warna logam silver. Warnanya berbeza berbanding dengan kad grafik Gaming Trio untuk siri NVIDIA RTX 30.

Ia menggunakan penyambung kuasa 8-pin serta rekaan 2.5 slot. Turut dilengkapi 3 kipas bersama-sama penyejuk TRI FROZR 2 dengan kipas Torx 4.0.

MSI Melancarkan Kad Grafik Radeon RX 6800 Gaming Trio

Kad grafik ini berukuran 324mm dan dilengkapi 3 DisplayPort 1.4 dan 1 HDMI 2.1 tetapi ia tidak mempunyai port USB-C seperti kad grafik asal daripada AMD.

Rekaan pada plat belakang adalah sama dimana terdapat lubang untuk pengaliran udara tetapi tiada logo Radeon. Buat masa sekarang, MSI masih belum umum harga jualan bagi semua kad grafik ini.

Sumber: videocardz

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
©2026 WISER.MY