MSI Dianugerahkan Golden Award Oleh Computex 2019 Menerusi Model Terbaru Komputer Riba MSI GT76 Titan

MSI GT76 Titan dilengkapi dengan teknologi perkakasan terbaru.


Belum bermula pun lagi pameran COMPUTEX TAIPEI 2019,  MSI telah dianugerahkan Golden Award menerusi komputer riba terbaru mereka MSI GT76 Titan. Model terbaru bagi siri Gaming dari MSI ini merupakan legasi daripada versi terdahulunya MSI GT75 Titan.

MSI GT76 Titan kini dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i9 -8 teras dengan ciri overclocked yang membolehkan kuasa pemprosesannya dipertingkatkan sehingga 5.0Ghz.



Ia juga dilengkapi dengan ciri sistem penyejukan terbaru yang kini mempunyai 11 paip penyejuk serta 4 kipas bagi menyejukkan cip pemprosesan utamanya serta cip  grafik Nvidia GeForce RTX 2080.



Sekaligus membolehkan komputer riba berprestasi tinggi ini beropersi tanpa sebarang masalah dan peminat permainan video dapat bermain permainan video  pada kualiti terbaik.

Komputer riba MSI GT76 Titan ini akan mula dipamerkan pada pengunjung pada pameran COMPUTEX TAIPEI 2019 yang akan berlangsung dari 28 Mei hingga 1 Jun ini nanti.

Buat masa sekarang, belum ada sebarang info berkaitan spesifikasi perkakasannya yang lain, harga jualan serta bilakah ia akan mula berada di pasaran.