Mozilla Menambah Baik Ciri 'Enhanced Tracking Protection' Pada Aplikasi Pelayar Firefox 68

Ciri tersebut mengelakkan data pengguna terdedah kepada pengiklan dan dijejaki laman sesawang.


Bermula dari versi Firefox Quantum 68, Mozilla menjadikan ciri 'Enhanced Tracking Protection' sebagai tetapan aktif automatik di pelayar tersebut.

Ciri tersebut akan menyekat mana-mana 'cookies' pihak ketiga, sama ada yang dikenali mahupun tidak daripada menjejaki penggunanya ketika mereka sedang melayari internet.

Bermakna pengiklan mahupun laman sesawang tidak akan dapat mengumpul data pengguna seterusnya membuat profail khusus terhadap pengguna tersebut.

Ciri ini juga akan turut menghalang pelombong kripto dan 'Fingerprinters' yang terdapat di dalam pengkodan dari menjejaki dan menyimpan kesan pelayaran pengguna di internet.



Secara automatik, Firefox akan menetapkan pada tetapan Privacy & Security pada pilihan Standard. Tetapi anda boleh meningkatkan lagi tahap privasi yang diinginkan kepada Strict.

Cuma pilihan tersebut mungkin akan boleh menyekat anda daripada terus mengakses sesebuah laman sesawang. Atau anda boleh pilih secara manual tetapan yang mahu diaktifkan pada sesebuah laman sesawang dengan memilih tetapan Custom.

Berkaitan