Mozilla Keluarkan Firefox Reality; Pelayar Khusus Untuk Virtual Reality

Mozilla terkenal dengan produk mereka, Mozilla Firefox dan kini Mozilla memperkenalkan Firefox Reality. Dari namanya sahaja sudah dapat diagak aplikasi pelayar ini kerana ia dihasilkan untuk pengguna headset Virtual Reality seperti Oculus Rift, HTC Vive dan juga Google VR.

Pasukan Mixed Reality di Mozilla merasakan VR akan dimanfaatkan melalui pelayaran laman sesawang dalam dimensi 3D. Firefox Reality dibina dengan pendekatan baharu dari segi navigasi, maklum balas dari pengguna yang menggunakan mikrofon di dalam headset VR.



Mozilla mendakwa yang mereka telah menghabiskan ribuan masa dalam menguji dan mengumpul data dari pengguna bagi menghasilkan versi akhir Firefox Reality.





https://youtu.be/06jyMtB3qIE

Firefox Reality adalah berdasarkan enjin Quantum terbaru dari Mozilla yang digunakan untuk pelayaran mudah alih bagi memberikan prestasi yang licin dan konsisten, mengelakkan sebarang 'sakit kepala' kepada pengguna mereka. Firefox Reality boleh didapati di Oculus, peranti Daydreamdan juga Viveport.

Sumber