Sebahagian daripada sistem operasi itu dibina berasaskan Android dan ia adalah sistem operasi sumber terbuka dikuasakan sepenuhnya oleh teknologi web. Semua aplikasi, antara muka, skrin utama, dan banyak bahagian didalam sistem ditulis menggunakan HTML, CSS, dan JavaScript.
Diawal pengeluaran, Firefox OS mensasarkan peranti berspesifikasi rendah tetapi malangnya saingan yang diterima dari sistem operasi lain terlalu hebat dan pada Disember 2015 Mozilla terpaksa menghentikan pembangunan Firefox OS untuk telefon pintar. Sejak itu mereka memfokuskan kepada projek yang diuruskan sebuah pasukan yang dikenali sebagai 'connected devices project'. Hasilnya mereka berjaya melengkapkan TV Panasonic 4K dengan Firefox OS yang diubah suai.
Terbaru, sepertimana yang dilaporkan oleh Ars Technica, Mozilla telah memberhentikan seramai 50 orang jurutera yang merupakan ahli dalam pasukan 'connected devices project' tersebut. Ini merupakan langkah syarikat terbabit untuk mengurangkan kerugian yang ditanggung dan dalam masa yang sama mencari peluang membangunkan teknologi yang lain.Mereka kini lebih memfokuskan teknologi untuk IoT (Internet of Things) dan salah satu projek yang sedang dibangunkan adalah Projek Vaani, satu teknologi arahan suara mirip Alexa yang dicipta oleh Amazon.
Sebahagian kakitangan yang terlibat dalam penghentian projek itu akan mendapat jawatan yang berlainan didalam Mozilla dan yang selebihnya akan diberi pampasan dan dibantu untuk mencari pekerjaan yang lain.
Sumber: Ars Technica, CNET
Berkaitan
- Fungsi Video Chat Ditambah Pada Messenger Lite
- India Perkenal Keretapi Dijana Dengan Kuasa Solar
- Telefon Dan Tablet Baru Xiaomi Akan Masuk Malaysia Minggu Hadapan
- Apple IOS 10 Akan Mula Ditawarkan 13 September Ini.
- Ini Hasil Gambar Dari Kamera 64MP Realme
- Facebook Uji Fungsi Tarik Balik Mesej Pada Messenger
- Lenovo Akan Memasang Aplikasi Microsoft Office,Skype dan OneDrive Di Dalam Peranti Android Mereka
- Perkongsian Lokasi Google Maps Akan Paparkan Status Bateri
- Google Umum Project Stream, Permainan Video Boleh Dimainkan Pada Chrome
- Harga Jualan Siri Galaxy S20 Di Malaysia Bermula Dari RM3599