Mozilla Bakal Melancarkan Versi Pelayar Firefox Premium Pada Tahun Ini

Ia dijangka akan dilancarkan dalam bulan Oktober tahun ini.


Dalam interview yang dibuat oleh laman t3n bersama CEO Mozilla, Chris Beard baru-baru ini, beliau mengesahkan bahawa Mozilla akan melancarkan versi pelayar Firefox yang dijangka akan dilancarkan dalam bulan Oktober tahun ini.

Versi berbayar firefox itu dikatakan akan dilengkapi beberapa ciri terbaru yang memerlukan penggunanya membayar bagi mengaktifkan ciri tersebut. Tetapi disamping itu mereka masih mengekalkan ciri percuma yang sedia ada pada versi pelayar Firefox tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Mozilla sudah pun menawarkan servis berbayar VPN kepada pengguna Firefox secara rawak sebagai ujian awal sejak Oktober tahun lepas. Servis tersebut yang dikenali sebagai Proton VPN berharga USD10 sebulan, terhad hanya untuk pengguna di A.S sahaja buat masa ini.



Selain daripada itu, Mozilla juga dijangka akan melancarkan servis storan awan baru kepada pengguna premium mereka nanti. Ia sebagai anatara langkah yang diambil mozilla bagi menjana sumber pendapatan baru. Ketika ini, sumber utama pendapatan mereka adalah daripada perjanjian menerusi enjin carian seperti Google dan Yandex.

Selebihnya pula adalah bersumberkan daripada kandungan berbayar. Aplikasi pelayar Firefox adalah aplikasi percuma yang boleh digunakan pada komputer yang menggunakan sistem operasi, Windows, macOS dan Linux. Ia juga boleh digunakan pada telefon pintar yang boleh dimuat turun menerusi App Store atau Google Play Store.

Sumber: PCMag