Movado Berkerjasama Dengan Google Untuk Memperkenalkan Jam Pintar Mereka Sendiri

Akan terdapat banyak syarikat pembuat jam pintar yang akan memperkenalkan peranti Android Wear 2.0 mereka sendiri tahun ini. Terkini, syarikat Movado turut mengumumkan kerjasama bersama Google untuk membina jam pintar mereka sendiri. Movado turut akan membawa jenama seperti Tommy Hilfinger dan Hugo Boss dalam pasaran jam pintar.

Jam Pintar Movado akan dipanggil Connect. Ianya akan menawarkan 5 jenis rekaan yang khusus untuk lelaki. Jam ini akan dijual dengan harga $495 (RM 2207). Connect akan dilancarkan secara rasmi pada acara Baselworld dan akan bermula dipasarkan ke Amerika Syarikat, UK, Kanada, dan Kepulauan Karibia. Peranti ini juga memiliki sokongan Android Pay. Tiada maklumat mengenai pasaran jam pintar Tommy Hilfiger dan Hugo Boss, tetapi mungkin persoalan ini akan terjawab pada Baselworld 2017 yang akan berlangsung pada akhir bulan ini.

Sumber