Motorola Yakin Telefon Boleh Lipat Terbarunya Tidak “Rapuh” Seperti Galaxy Fold

Baru-baru ini syarikat pengeluar telefon pintar terkenal dari US iaitu motorolla telah melancarkan telefon boleh lipat terbarunya iaitu Motorola RAZR.



Hadir fengan skrin yang fleksible dan saiznya juga menunjukkan ciri sebuah telefon boleh lipat berbanding Samsung Galaxy Fold dan Huawei Mate X yang dilihat seperti sebuah tablet boleh lipat. Namun, menjadi persoalan apakah peranti terbaru Motorola ini bakalmenghadapi isu seperti Samsung Galaxy Fold?



Menurut sebuah laman teknologi iaitu Phonearena, pihak mereka telah menanyakan isu berkenaan dan ini merupakan jawapan dari wakil Motorolla:

“Kami tidak akan melancarkan Motorolla RAZR ke pasaran jika ia masih belum bersedia. Kami yakin dengan durabiliti peranti dan ketahanan skrin fleksibel dan berdasarkan ujian yang telah dilakukan, peranti boleh lipat ini dijangka akan mempunyai jangka hayat seperti telefon pintar yang lain. Kami akan terus meneruskan inovasi dan memantapkan lagi mengikut perkembangan industri. Kami juga menghasilkan antara pakej servis terbaik dunia yang akan memberikan pengalaman yang baru buat para pengguna RAZR.”



Motorolla razr hadir dengan skrin “Flex View” 6.2 inch dan dilengkapi dengan cip pemprosesan kelas pertengahan Snapdragon 710. Ia juga hadir dengan 6GB RAM dan 128GB storan beserta bateri berkapasiti 2150mAh. Ia juga dilengkapi dua kamera iaitu 16MP bagi kamera utama dan 5MP bagi kamera hadapan.

Motorolla razr akan dijual pada harga $1499 dan diharapkan ia tidak mempunyai sebarang isu kerana sudah pasti para pengguna akan mengelak untuk membeli sebuah peranti yang bermasalah dengan tanda harga berkenaan.

Sumber

 

Berkaitan