Motorola Moto G10 Dan Moto G30 Rasmi, Telefon 4 Kamera Mampu Milik

Motorola baru-baru ini telah melancarkan dua telefon pintar bajet yang mampu milik iaitu Moto G10 dan Moto G30.

Kedua-dua telefon ini menggunakan skrin 6.5 inci panel IPS LCD beresolusi 720x1600. Moto G10 menyokong paparan 60Hz manakalan Moto G30 90Hz.

Hadir dengan binaan daripada plastik dan terdapat pengimbas cap jari pada sisi telefon beserta butang Google Assistant. Menariknya, dua telefon ini menerima penarafan kalis debu dan air IP52.



Bagi spesifikasi, Moto G10 dijana cip Snapdragon 460 dengan 4GB RAM sementara Moto G30 dijana cip Snapdragon 662 dengan RAM 4GB atau 6GB.

Bagi storan dalaman, Moto G10 mempunyai pilihan storan 64GB atau 128GB manakala Moto G30 hanya hadir dengan storan 128GB. Kedua-duanya turut menerima sokongan kad mikroSD hingga 512GB.

Seperti yang dinyatakan, kedua-duanya mempunyai 4 tetapan kamera di belakang iaitu 8MP ultra-lebar, 2MP makro dan 2MP depth.

Perbezaan kamera terletak pada kamera utama dan swafoto dimana Moto G30 hadir dengan 64MP utama dan 13MP swafoto. Sementara Moto G10 hadir dengan 48MP utama dan 8MP swafoto.

Spesifikasi lain adalah sokongan rangkaian 4G, dwi-SIM, bluetooth 5.0, 3.5mm bicu audio, USB-C, FM dan NFC (mengikut negara).



Selain itu, Moto G10 dan Moto G30 dimuatkan bateri 5000mAh tetapi hanya Moto G30 yang menerima pengecasan pantas 20W manakala Moto G10 dihadkan kepada 10W sahaja.

Telefon-telefon ini juga didatangkan dengan sistem operasi Android 11 dengan antara muka Motorola UX.

Moto G10 ditawarkan dua pilihan warna - Aurora Gray dan Iridescent Pearl sementara Moto G30 - Phantom Black dan Pastel Sky.

Harga jualan adalah bermula €150 (~RM731) untuk Moto G10. Untuk Moto G30 pula adalah berharga €180 (~RM877).

Buat masa sekarang, telefon mampu milik ini terhad untuk beberapa pasaran Eropah sahaja dan mungkin akan hadir buat pasaran lain pada masa akan datang.

Sumber: gizmochina