Moto X4 Akan Didagangkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Satu lagi peranti kelas pertengahan bakal menembusi ke dalam pasaran negara tidak lama lagi. Ini adalah berdasarkan satu foto iklan acah telah yang dimuat naik oleh Motorola Malaysia di laman Facebook rasmi mereka.



Foto itu dimuat dan disertakan beberapa patah keterangan dan menariknya adalah  perkataan "Xtraordinary" yang dieja dengan huruf "X". Ia mungkin memberi petunjuk bahawa siri X4 akan mula dibawa masuk ke Malaysia secara rasmi.

Pada foto iklan acah tersebut, terdapat imej kolam renang dan seperti yang anda tahu, Moto X4 didatangkan dengan ciri kalis air IP68.

Antara spesifikasi ringkas Moto X4 adalah...

  • Skrin paparan 1080p 5.2inci

  • Snapdragon 630

  • RAM 3GB

  • Storan dalaman 32GB

  • Bateri berkapasiti 3000mAh

  • Dwi kamera utama 12MP dan 8MP

  • Kamera selfie dengan lensa 16MP


Sumber: Motorola Malaysia