Moto X30 Pro Mungkin Tampil Sensor 1/1.22" Pada Kamera 200MP

Selepas butiran mengenai jarak fokus (focal length) Moto X3o Pro didedahkan minggu lalu, Pengurus Lenovo China Mobile, Chen Jin, mendedahkan melalui Weibo bahawa telefon itu akan menampilkan sensor 1/1.22" pada kamera utamanya.

Walaupun tidak sebesar 1-inci Xiaomi 12S Ultra yang baru dilancarkan, saiz sensor pada X30 Pro sepadan dengan 200MP ISOCELL HP1 Samsung yang telah dikhabarkan akan debut pada X30 Pro.

Moto X30 Pro dijangka akan dilancarkan akhir bulan ini dan dijangkakan akan menjadi telefon pintar pertama dengan kamera utama 200MP.

Jarak fokus 35mm, 50mm, dan 85mm akan menjadi pilihan yang menarik walaupun tidak didatangkan dengan ultralebar.

Telefon ini juga berkemungkinan akan menjana cip Snapdragon 8+ Gen 1, paparan OLED 6.67 inci dengan kadar segar semula 144Hz, dan bateri 4,500mAh, dengan pengecasan berwayar 125W.

Sumber: NotebookCheck, Weibo