Moto Tidak Bercadang Mengeluarkan Jam Pintar Baru Dalam Masa Terdekat

Moto mengesahkan harini mereka tidak bercadang untuk mengeluarkan jam pintar baru walaupun dengan pelancaran Android Wear 2.0 pada awal tahun hadapan. Anak syarikat Lenovo itu turut berkata mereka tidak ada perancangan untuk jam pintar baru pada tahun 2016 dan pada tahun hadapan.

Shakil Barkat, Head Of Product Development menambah "Pihak kami merasakan tidak perlu untuk mengetengahkan jam pintar pada ketika ini". "Kami mungkin akan kembali kepada jam pintar pada masa akan datang jika pasaran jam pintar berkembang semula." tambahnya lagi. Moto 360 yang dilancarkan pada tahun 2015 akan menerima kemaskini software namun model pada tahun 2014 tidak akan menerima kemaskini tersebut. Yang pastinya Moto 360 ini akan menjadi model jam tunggal dari Moto mingkin sehingga penghujung tahun hadapan.

Buat pengetahuan anda, pasaran jam pintar ketika ini agak merudum sejak dari tahu lepas. Google sendiri telah melambatkan pelancaran Android Wear 2 mereka pada tahun ini ke tahun hadapan. Mungkin kita belum bersedia dengan jam pintar? Atau mungkin kita sudah selesa dengan telefon yang sudah semestinya mampu melakukan apa sahaja tugasan yang ditawarkan oleh sebuah jam.