Moto G8 Plus, Moto G8 Play, Moto E6 Play Dan Moto One Macro Dilancarkan

 

Motorola lebih popular dengan penawaran kelas pertengahan dan bajet berbanding kelas flagship. Meneruskan tradisi mereka, Motorola memperkenalkan 4 model baharu iaitu Moto G8 Plus, Moto G8 Play, Moto E6 Play dan Moto One Macro.

Moto G8 Plus


Moto G8 Plus hadir dengan skrin 6.3 inci LCD FullHD+ dengan takuk kecil waterdrop menempatkan kamera swafoto 25MP. Di belakang, terdapat 3 kamera dengan 48MP utama, 5MP depth dan 16MP sudut ultralebar di samping sebuah modul laser autofokus.

Di dalam, ia dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 665, RAM 4GB dan storan dalaman 64GB. Bateri adalah sebesar 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 15W TurboPower.

Moto G8 Plus Kapsyen: Imej: WinFuture


 

Moto G8 Play


Seterusnya adalah Moto G8 Play yang dilengkapi 6.2 inci HD+ LCD serta takuk kecil waterdrop untuk kamera swafoto 25MP. Dijana oleh Mediatek Helio P60, RAM 3/4 GB, berserta storan 32/64 GB. Konfigurasi kamera belakang adalah sama sahaja dengan Moto G8 Plus, tetapi tanpa modul laser autofokus.

Baterinya berkapasiti 4,000mAh dan hanya menyokong pengecasan 10W sahaja.

Kapsyen: Imej: Mobielkopen.net


 

Moto E6 Play


Siri E lebih terkenal dengan penawaran mampu milik. Untuk model terkini, Moto E6 Play hadir dengan 5.5 inci HD+ LCD, kamera belakang 13MP, kamera swafoto 5MP, memori 2GB RAM dan 32GB storan. Bateri pula bersaiz 3000mAh.

motorcycle Kapsyen: Imej: Mobielkopen.net

Moto One Macro


Akhir sekali, Motorola memperkenalkan peranti memfokuskan kamera makro dengan Moto One Macro. Terdapat 3 kamera belakang 13MP utama, 2MP depth dan 2MP makro yang boleh mengambil gambar jarak sedekat 2cm.

Ia dijana oleh Mediatek Helio P70. Skrin hadapan bersaiz 6.2 inci HD+ LCD, 4GB RAM, storan 64GB dan bateri 4,000mAh.

 

one macro Kapsyen: Imej: Mobielkopen.net


Penawaran peranti-peranti ini hanya untuk beberapa buah negara sahaja. Untuk Malaysia masih belum diketahui sama ada Motorola ingin membawanya masuk atau tidak.

Berkaitan