Moto G5 Plus Dilancar 29 Mei Ini Bagi Pasaran Tempatan

Memetik laporan dari laman Lowyat.net, Lenovo Malaysia bakal melancarkan secara rasmi model Moto G5 Plus pada 29 Mei ini.

Ia kali pertama dipertontonkan kepada umum pada acara MWC 2017 yang lalu dan turut diiringi dengan model Moto G5.



Laporan tersebut turut menyatakan bahawa Lenovo Malaysia telah lebih awal mendaftarkan peranti berkenaan untuk pensijilan dari SIRIM iaitu sekitar bulan Januari.



Ini bermaksud pendaftaran tersebut dibuat tanpa menunggu Moto G5 Plus diumumkan pada acara MWC 2017 yang berlangsung pada penghujung Februari.

Untuk pasaran di Eropah, Moto G5 Plus dijual pada harga €279 atau sekitar ~RM 1350.

Harga rasmi telefon pintar kelas pertengahan ini untuk pasaran tempatan masih belum diketahui lagi.

Berikut merupakan serba sedikit spesifikasi Moto G5 Plus.



  • Skrin paparan 5.2 inci

  • Android Nougat 7.0

  • Qualcomm Snapdragon 625

  • Adreno 506

  • Kamera utama 12 MP, kamera hadapan 5 MP

  • Pengimbas cap jari dibahagian hadapan (butang Home)


Sumber: Lowyat.net