Moto G5 Plus Dijual RM200 Lebih Murah Daripada Harga Asal, Promosi Tamat Minggu Hadapan

Hari Jumaat ini menandakan genap 4 bulan Moto G5 Plus mendarat di pasaran Malaysia dengan harga asal ia dijual adalah RM 1299.

Terkini, menerusi platform beli-belah dalam talian, Lazada, model kelas pertengahan terbabit mendapat potongan harga yang mana ia kini dijual pada harga RM1099 sahaja.

Selain mendapat potongan harga RM200, bakal pembeli turut menerima aksesori percuma yang bernilai RM676. Antara aksesori yang ditawarkan adalah...

  • flip cover

  • Fon kepala Motorola Pulse 2

  • Waranti tambahan

  • Perlindungan kerosakan


Potongan harga ini hanya ditawarkan selama seminggu sahaja dimana ia telah pun bermula semalam, 25 September 2017, dan dijadualkan berakhir pada 2 Oktober 2017 hadapan.

Terdapat dua pilihan warna yang boleh anda beli iaitu...

  1. Fine Gold (klik untuk beli)

  2. Lunar Gray (klik untuk beli)


Spesifikasi ringkas Moto G5 Plus:

  • Skrin paparan 5.2 inci dengan paparan HD Penuh

  • Cip pemproses Snapdragon 625

  • RAM 4GB

  • Storan dalaman 32GB dengan sokongan kad MikroSD sehingga 128GB

  • Kamera utama 12MP dan kamera selfie 5 MP - berupaya merakam video 4K


Sumber: Motorola Malaysia