MOTHER Adalah Peranti Penjejak Kesihatan Pintar Pertama Di Dunia Yang Tidak Perlu Dicas

Haba badan pengguna menguasakan peranti itu.


Sebuah firma teknologi kesihatan dari Jepun, Medirom mengumumkan kerjasama dengan pihak MATRIX Industries dari A.S telah membolehkan mereka membangunkan peranti pintar kesihatan yang tidak perlu dicas.

Pihak MATRIX telah berjaya membangunkan jam pintar pertama di dunia yang tidak perlu dicas yang dikenali sebagai PowerWatch.

Kuasa jam tersebut adalah datang daripada haba badan manusia.

Haba badan dari sipemakai akan ditukar kepada tenaga menerusi teknologi termo elektrik dan 'Mercury Boost Converter' yang dibangunkan oleh Matrix.

Jadi, dengan kerjasama itu, Medirom berharap mereka akan dapat membangunkan jam penjejak kesihatan pintar yang tidak lagi perlu dicas.

Hasilnya, mereka berjaya mencipta peranti yang dimahukan dengan menamakannya sebagai MOTHER.



Sekaligus menjadikannya sebagai peranti jam penjejak kesihatan pintar pertama di dunia yang tidak perlu dicas pengguna.

Jam pintar tersebut masih lagi dalam peringkat pembangunan dan pihak Medirom turut membuka pembangunan aplikasi kesihatan kepada pembangun khusus untuk MOTHER.

Berkaitan