Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MYSA: Serpihan Roket China Lintasi Ruang Udara Sarawak

MOSTI Siasat Laporan Penemuan Serpihan Objek Di Sarawak

Diterbitkan Ogos 2, 2022 oleh ariff bukhari

Sebelum ini telah dilaporkan insiden yang menyaksikan serpihan roket Long March 5B milik kerajaan China terbakar semasa memasuki ruang udara bumi.

Serpihan roketĀ  terbakar itu boleh dilihat dengan jelas ia melintasi ruang udara Malaysia dan dapat dilihat di kawasan sekitar Sarawak.

Tidak lama selepas itu, wujud laporan daripada penduduk di Sarawak yang berada di Pekan Sepupok Lama, Niah melaporkanĀ  penemuan serpihan objek yang dipercayai dari serpihan roket di kawasan itu.

Bertindak atas laporan itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan bahawa mereka telah mula menggerakkan pasukan siasatan khas untuk menyemak laporan tersebut.

Pasukan itu terdiri daripada Bahagian Penguasa Angkasa, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) yang akan bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

Sehubungan itu, MOSTI meminta orang ramai supaya tidak mendekati lokasi penemuan objek tersebut seterusnya tidak mengganggu proses siasatan ke atas objek tersebut.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY