Moonton Dengan Kerjasama U Mobile Menganjurkan Mobile Legends World Championship

U Mobile dengan bangganya mengumumkan bahawa mereka kini merupakan Penaja Rasmi buat  Mobile Legends World Championship yang juga dikenali sebagai M1, anjuran Moonton selaku pemaju kepada permainan Mobile Legends itu sendiri.

M1 telah bersiap sedia untuk menjadi satu kejohanan Mobile Legends yang terbesar di dunia yang akan menampilkan 16 kumpulan terkenal dari 14 buah negara di seluruh Asia, Eropah, Amerika Utara dan Selatan yang akan bersaing untuk berkongsi hadiah keseluruhan sebanyak USD 250,000.



Pertandingan ini akan berlangsung di Axiata Arena bermula 15 hingga 17 November 2019 nanti.

Bagi meraikan kerjasama ini, U Mobile memberi peluang kepada pelanggan mereka untuk memenangi pas M1 Gold 3-Day berserta Mobile Legends Premium Skins yang ekslusif melalui dua peraduan, iaitu U-Legendary Giveaway dan Win MLBB Premium Skins bersama Codashop.





"Kerjasama yang baik antara U Mobile dengan Moonton telah membuka peluang kepada kami untuk membawa dan menganjurkan lebih banyak acara e-sukan yang menarik ke Malaysia. Kami bermula dengan acara MPL: Mobile Legends Bang Bang Professional League pada bulan April lalu, di mana orang ramai dapat menyaksikan pertarungan hebat antara pasukan terbaik dari Malaysia dan Singapura", kata Jasmine Lee, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile.

Dengan harapan yang besar, U Mobile berharap agar peminat tegar e-sukan dapat menjadi saksi kepada cara permainan yang terbaik bakal dipamerkan oleh pemain profesional dari seluruh dunia pada acara itu nanti.



Melalui kedua-dua peraduan ini, pelanggan U Mobile juga boleh menikmati diskaun 10% ke atas mana-mana pembelian pas M1 Gold 3-Day. Peraduan sudah pun bermula sejak 1 Oktober lalu dan akan berakhir pada 31 Oktober ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan pertandingan ini, sila lawati M1 World Championship 2019 Contest.