M1 telah bersiap sedia untuk menjadi satu kejohanan Mobile Legends yang terbesar di dunia yang akan menampilkan 16 kumpulan terkenal dari 14 buah negara di seluruh Asia, Eropah, Amerika Utara dan Selatan yang akan bersaing untuk berkongsi hadiah keseluruhan sebanyak USD 250,000.
Pertandingan ini akan berlangsung di Axiata Arena bermula 15 hingga 17 November 2019 nanti.
Bagi meraikan kerjasama ini, U Mobile memberi peluang kepada pelanggan mereka untuk memenangi pas M1 Gold 3-Day berserta Mobile Legends Premium Skins yang ekslusif melalui dua peraduan, iaitu U-Legendary Giveaway dan Win MLBB Premium Skins bersama Codashop.
"Kerjasama yang baik antara U Mobile dengan Moonton telah membuka peluang kepada kami untuk membawa dan menganjurkan lebih banyak acara e-sukan yang menarik ke Malaysia. Kami bermula dengan acara MPL: Mobile Legends Bang Bang Professional League pada bulan April lalu, di mana orang ramai dapat menyaksikan pertarungan hebat antara pasukan terbaik dari Malaysia dan Singapura", kata Jasmine Lee, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile.
Dengan harapan yang besar, U Mobile berharap agar peminat tegar e-sukan dapat menjadi saksi kepada cara permainan yang terbaik bakal dipamerkan oleh pemain profesional dari seluruh dunia pada acara itu nanti.
Melalui kedua-dua peraduan ini, pelanggan U Mobile juga boleh menikmati diskaun 10% ke atas mana-mana pembelian pas M1 Gold 3-Day. Peraduan sudah pun bermula sejak 1 Oktober lalu dan akan berakhir pada 31 Oktober ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan pertandingan ini, sila lawati M1 World Championship 2019 Contest.
Berkaitan
- Nokia Pheonix Akan Hadir Dengan Cip Pemprosesan Terbaru Keluaran Qualcomm
- Kereta Tesla Kini Mempelajari Pemanduan Auto-Pilot Melalui Rakaman Video
- 10 Tips iOS 13 Yang Perlu Anda Tahu
- Siri Huawei Mate 20 Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Pada 16 Oktober Ini
- Pengguna Huawei Nova 3 & Nova 3i Di Malaysia Diberi Peluang Mencuba Beta EMUI 9.0
- Shopee Catat 11 Juta Pesanan Pada Festival 11.11 Yang Lalu, Adakan Satu Lagi Tawaran Istimewa
- Apple Turut Melancarkan Fon Telinga Yang Diberi Nama AirPod
- GrabExpress Dan GrabMart Bakal Jadi Taruhan GrabFood Kepada 19 Bandar Baharu
- Ribuan Akaun Instagram Digodam Sepanjang Bulan Ini
- Penduduk Cyberjaya Boleh Menikmati Sambungan Internet Pada Kelajuan 1 Gb/s