Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
montblanc summit 3

Montblanc Summit 3 Hadir Dengan Wear OS 3.0, Sokong iOS Pada Harga Lebih RM5,000

Diterbitkan Jun 29, 2022 · Dikemas kini Jun 29, 2022 oleh Nadiah Ab

Jam tangan pintar Montblanc Summit 3 bukan sahaja menerima Wear OS 3, malah menjadi yang pertama untuk menyokong iOS.

Disahkan oleh jurucakap Qualcomm, Lauren Miller, melalui laporan dari Wareable, Summit 3 dikuasakan oleh Snapdragon Wear 4100 Plus.

Summit 3 ini juga adalah jam tangan pintar yang pertama dilancarkan dengan Wear OS 3 yang sudah terbina.

Dalam pada itu, jam tangan pintar Wear OS 2 sebelum ini yang menggunakan cip 4100 Plus boleh dinaik taraf kepada Wear OS 3 pada akhir tahun ini.

Menurut Miller, Summit 3 akan mempunyai aplikasi khusus pada kedua-dua iOS dan Android yang akan menghubungkan telefon dan jam tangan.

Bagaimanapun, sokongan untuk aplikasi dan pengalaman berbeza mengikut platform telefon pengguna.

Sama-sama kita nantikan pelancaran Montblanc Summit 3 pada 15 Julai ini.

Turut dilaporkan jam tangan itu akan dijual pada harga €1,250, sekitar RM5,778.

Sumber: Wareable

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY