Montblanc Mempamerkan Augmented Notebook





Jenama pen dari Jerman ini sangat terkenal dengan produk pen, jam dan barangan kulit. Kini Montblanc muncul di dalam industri gajet dengan notebook dan pen digital sewaktu IFA 2016 minggu lepas.



Sebelum ini LiveScribe juga telah mengeluarkan produk yang sama dengan notebook dan pen digital yang membolehkan pengguna  menghantar scatch, doodle atau lukisan mereka terus ke komputer, tablet atau telefon pintar.



Namun bayangkan entiti yang mengutamakan gaya dan mutu tukang sepeti Montblanc ini menggunakan sepenuhnya pengalaman mereka dalam menghasilkan rekaan pen digital ini. Mereka menggunakan rekaan pen Montblanc StarWalker yang diubah menjadi pen digital.



Mereka memanggil nama produk ini sebagai Augmented Paper dan bukan pen pintar dan bukan notebook pintar. Notebook tersebut dihasilkan dengan menggunakan platform seperti tablet namun mereka menggunakan rekaan kulit dan menyembunyikan rupa sebuah tablet, ianya seakan akan buku tulis kertas yang biasa.



Produk tersebut tidak perlu disambungkan ke peranti lain untuk digunakan. Pengguna hanya perlu mengeluarkan pen dan menghasilkan lukisan atau menulis dan ianya mampu mengesan dan menukarkan ke font yang anda suka. Sangat sesuai digunakan untuk yang lebih gemar menulis dengan tangan berbanding menaip.