Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Monitor Gaming Baharu Aorus, Lebih Besar Dari TV Di Rumah Anda

Monitor Gaming Baharu Aorus, Lebih Besar Dari TV Di Rumah Anda

Diterbitkan April 13, 2021 oleh Wiser MY

Monitor Gaming Baharu Aorus, Lebih Besar Dari TV Di Rumah Anda

Aorus yang terkenal dalam komuniti ‘gamers’ dengan perkakasan permainan berkuasa tinggi dilaporkan bakal mengeluarkan monitor permainan 4K baharu berukuran sehingga 48 inci.

Menurut VideoCardz, barisan monitor baharu ini hadir dengan paparan permainan 32-inci (FI32U), 43-inci (FV43U), dan 48-inci (FO48U) 4K UHD beserta penyambungan HDMI 2.1.

Monitor Gaming Baharu Aorus, Lebih Besar Dari TV Di Rumah Anda

Ia juga menggunakan panel OLED 150% sRGB dengan sokongan kadar segar 144Hz untuk mencapai permainan yang lancar dengan perincian menakjubkan.

Selain itu, ketiga-tiga monitor generasi baharu ini mempunyai fungsi Black Equalizer, Aim Stabilizer, Active-Noise Cancelling, serta fungsi-fungsi lain didalam permainan.

Monitor Gaming Baharu Aorus, Lebih Besar Dari TV Di Rumah Anda

Harga dan tarikh perlancaran bagi ketiga-tiga monitor ini masih belum diberitahu. Agak-agak ramai ke yang nak main game dekat monitor sebesar ini?

Sumber: ithome dan videocardz

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY