Monitor Gaming 165Hz Dari Xiaomi Mungkin Dilancar September Ini

Xiaomi pada April yang lalu sedia mengumumkan sebuah monitor mampu milik dikenali sebagai Xiaomi Mi Display 1A. Hadir dengan rekaan 23.8 inci bersama kadar segar semula 60Hz dan resolusi FHD.

Xiaomi Monitor Kapsyen: Xiaomi Mi Display 1A


Perkhabaran terbaru pula kedengaran syarikat itu mahu menawarkan lagi monitor tetapi kali ini dikhususkan untuk permainan. Ura-ura menyatakan terdapat tiga variasi iaitu 24.5 inci, 27 inci serta 29.5 inci.

Model 27 inci berkemungkinan tampil diperkenalkan seawal Julai ini yang mana ia dilengkapi dengan kadar segar semula 165Hz. Sementara itu bagi model 24.5 inci pelancarannya pula dijangka berlangsung sekitar September.

Tambah menarik lagi adalah sokongan 4K yang akan hadir pada model 29.5 inci serta 27 inci dan kedua-duanya mungkin ditawarkan pada November.

Tidak cukup dengan itu, Xiaomi juga dikatakan bakal menyiapkan tiga lagi model (27 inci, 23.8 inci dan 27 inci) yang mana satu daripadanya (27 inci) tidak memfokuskan kepada permainan.

Sumber: IT HomeĀ 

Berminat untuk dapatkan peranti Xiaomi? Boleh beli disini:

Lazada: https://invol.co/clp0y9

Shopee: https://invol.co/clp0ye