Mohon Kerja Di MacDonald's Melalui Snaplication- Aplikasi Snapchat

Siapa kata Snapchat aplikasi yang tidak membawa faedah?

Baru-baru ini syarikat MacDonald's Australia telah membuka ruang untuk permohonan kerja melalui aplikasi sosial ini. Melalui aplikasi Snapchat, MacDonald's telah mengiklankan dengan menggunakan filter yang membenarkan pengguna menghantar permohonan dengan video 10 saat.



Ciri ini dinamakan Snaplication. Ini juga merupakan kali pertama Snapchat berkecimpung dalam industri pengambilan pekerjaan dan kali pertama juga bagi MacDonald's mengiklankan jawatan kosong melalui platform sosial media.



Tetapi Snaplication ini hanya medium temuduga lapisan pertama. Selepas melepasi pemilihan berdasarkan video 10 saat, pemohon akan dibawa ke laman pekerjaan online untuk mengisi borang dan meneruskan proses temuduga seperti kebiasaannya.

Melalui ciri Snaplication ini, pihak MacDonald's mendakwa ianya memudahkan mereka untuk menapis dan memilih calon temuduga yang lebih berketerampilan dan sesuai dengan ciri pemilihan mereka.

Menurut pihak MacDonald's lagi, aplikasi ini juga akan digunakan di US dalam proses pengambilan pekerja. Syarikat francais ini juga akan mengambil kira-kira 250,000 pekerja untuk kira-kira 14,000 restoran di U.S.

Sumber