Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini menasihatkan orang ramai untuk berwaspada dengan panggilan oleh individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai MCMC dengan mendakwa orang yang dihubunginya telah melakukan kesalahan.
Ia susulan laporan seorang pengadu telah dihubungi oleh individu bernama Mohd Azim Abdul Aziz yang memaklumkan bahawa talian telefon pengadu telah menghantar pautan-pautan judi dan lucah ke serata telefon di Negeri Sembilan.
Justeru, pengadu terbabit dikehendaki membuat aduan dalam tempoh 30 minit dan sekiranya gagal untuk berbuat demikian boleh menyebabkan talian telefon pengadu disekat dan disenaraihitamkan oleh pihak penyedia perkhidmatan.
Ekoran itu pihak MCMC menegaskan bahawa individu bernama Mohd Azim Abdul Aziz bukan kakitangan mereka dan tidak pernah berkhidmat dengan pihak Suruhanjaya itu.
MCMC juga menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah terpedaya dengan panggilan seperti insiden ini atau dari pihak tidak dikenali.
Orang ramai juga digesa supaya segera melaporkan perkara kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk perhatian dan tindakan susulan.
Sumber: MCMC
Berkaitan
- MCMC Menafikan Penglibatan Peraduan Anjuran Sebuah Syarikat Telekomunikasi
- MCMC Tidak Membantah, Penggabungan Celcom Dan Digi Diluluskan
- Cara Mudah Semak Kesahihan Label MCMC Pada Peranti Pintar
- MCMC Simpati Kepada Pelajar Yang Terpaksa Mendaki Bukit Bagi Mendapat Capaian Internet Di Pakan, Sarawak
- Menteri Gesa MCMC Bertindak Tegas Terhadap Syarikat Telekomunikasi
- MCMC Dedah Modus Operandi Pelaku Mengambil Alih Akaun Aplikasi Pemesejan
- Elak Sebar Kandungan Undang Ketegangan Masyarakat - MCMC
- MCMC Ambil Tindakan Terhadap ISP Yang Tidak Patuhi Akta Komunikasi Dan Multimedia
- MCMC Tekankan Penggunaan Kenderaan Elektrik Kepada Pemohon Lesen Perkhidmatan Kurier
- MCMC Respon Terhadap Tindakan Sekatan Ke Atas TV Pertiwi