Modul Kamera Peranti Pintar Yang Mampu Zum Berterusan Persis Lensa DSLR Berjaya Dihasilkan

Setelah lebih dari setahun melakukan penyelidikan, syarikat O-Film dari China telah berjaya membangunkan sebuah teknologi kamera baharu yang bakal digunakan dalam peranti pintar.

Ultra-thin periscope continuous zoom module

Ia merupakan kesinambungan dari teknologi periskop dengan menambah kemampuan untuk zum secara berterusan. Menariknya modul ini dihasilkan hanya 5.9mm nipis. Dengan ketebalan itu, sudah tentu modul kamera tidak akan menjadi terlalu tinggi dan mencacatkan penglihatan mata pengguna.

Dari segi kaedah mekanism, modul kamera tersebut menggunakan motor piezoelektrik untuk menggerakkan lensa ke hadapan dan belakang. Dengan itu, lensa tersebut mampu zum sehingga 7X secara optikal sebelum imej menjadi pecah secara digital.

O-Film unveils the thinnest periscope module with continuous zoom ...

Dengan motor itu juga, O-Film akan mengaplikasikan mekanism autofokus untuk memastikan gambar tajam sebaik sahaja pengguna dapat merakam subjek yang diingini.

Modul kamera ini adalah merupakan hasil sampel untuk demo namun mereka juga boleh hasilkan berbagai jarak fokal zum bergantung kepada keperluan dan permintaan pengeluar lain seperti sehingga 8x atau 9.5x zum.

Jangkaan kami, pengeluar dari China seperti vivo, Huawei, atau OPPO yang bakal menggunakan teknologi ini seperti kebanyakan produk-produk mereka. Kemudiannya barulah syarikat lain mula mengikut serta.

Dari: Sparrownews

 

Berkaitan