Modul Kamera Galaxy S9 Tertiris Membayangkan 2 Peranti Dengan Keupayaan Berbeza

Satu imej komponen telah beredar di ruang internet mengatakan komponen tersebut milik peranti Samsung, Galaxy S9 yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Komponen yang dimaksudkan ialah modul kamera utama yang menampilkan dua rekaan berbeza.

Satu modul kamera memperlihatkan sensor dwi kamera manakala selebihnya menampilkan sensor kamera tunggal. Kedua-dua modul tersebut juga dilengkapi sensor pengesan kadar degupan jantung, lampu flash LED, dan juga sensor pengimbas cap jari.



Semua ini menguatkan lagi dakwaan yang Samsung mungkin akan memperkenalkan dua peranti Galaxy S9 dengan peranti bersaiz besar dipanggil S9+. Tetapan dwi-kamera sudah diaplikasikan pada peranti Galaxy Note 8 mereka dan ini merupakan peranti pertama dwi -kamera Galaxy S dari Samsung.

Samsung sebelum ini memperkenalkan peranti Galaxy S8 dan S8+ dengan S8+ hadir dengan spesifikasi lebih hebat dari Galaxy S8 bersaiz normal. Perkara itu nampaknya akan diteruskan oleh pengeluar dari Korea Selatan itu dan kali ini mereka pasti akan menekankan ciri-ciri kamera yang lebih baik untuk Galaxy S8+.