Modem LTE Untuk Simkad Unifi (Webe)

Tawaran pakej data daripada simkad prabayar Unifi ataupun dulu dikenali sebagai Webe sangat menarik, terutamanya bagi pakej Bebas tanpa had Jam, harian dan mingguan.



 

Mungkin bagi sesetengah kawasan yang mempunyai liputan 4G yang lemah boleh menyebabkan kelajuan capaian internetnya sangat rendah. Isyarat 4G boleh dikuatkan sekiranya simkad tersebut digunakan pada Modem 4G versi rumah yang tertentu. Namun agak sedikit leceh kerana tidak semua modem LTE dapat menyokong simkad Unifi.

Ini kerana Unifi mobile hanya dapat digunakan dengan modem yang mempunyai fungsi 4G band 5 (850). Kepada anda yang bercadang untuk membeli modem bagi kegunaan simkad tersebut, berikut kami kongsikan 3 modem yang terdapat dipasaran yang menyokong fungsi band 5.

1. TP-Link New TL  - MR6400 4G LTE



Berdasarkan ulasan daripada penggunanya, modem ini dapat membantu meningkatkan penerimaan isyarat 4G bagi kawasan yang lemah isyaratnya. Penggunaannya sangat mudah iaitu dengan hanya memasukkan simkad pada slot yang disediakan. Modem ini boleh didapati dengan harga RM35o portal atas talian.

 

2. TENDA 4G 184 LTE Advanced Portable Wireless WiFi.



Modem mudah alih ini diantara yang menjadi pilihan pengguna Unifi Mobile dek kerana harganya yang mampu milik dan mudah untuk dibawa kemana - mana. Peranti ini boleh didapati dengan harga RM185 diportal atas talian.

 

3. TENDA 4G 180 LTE



 

Juga daripada keluaran TENDA, ini adalah yang paling murah boleh didapati iaitu dengan harga serendah RM165 diportal atas talian.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan