Modem 4G Rumah Terbaik Mampu Milik

Kepada anda yang dibelenggu masalah Tiada talian Unifi ataupun Fiber dikawasan kediaman, Penggunaan pakej Telco dengan simkad sememangnya menjadi altenatif yang sangat popular.

Namun penggunaan modem wifi mudah alih sebagai Hub perkongsian menjadi sangat terhad fungsinya apabila berada didalam bangunan ataupun rumah. Ini kerana kemampuannya untuk "menarik" isyarat 4G yang lemah.

Berikut kami kongsikan 2 jenis modem 4g versi rumah yang berkuasa tinggi dan mampu milik.

 

1. Huawei B618 LTE Home Modem



Kepada anda yang sudah melanggan pakej home WiFi daripada Celcom pasti anda sudah merasai kehebatan peranti ini. Harganya sekiranya dibeli berasingan boleh diperolehi dengan harga sekitar RM700 lebih. Walaupun harganya agak mahal namun ianya sangat berbaloi terutamanya kepada anda yang berada dikawasan yang penerimaan isyarat 4G nya agak lemah.

Modem ini boleh diguna pakai unuk semua Telco di Malaysia.

 

2. Huawei B890 LTE Home Modem



Sekiranya modem B618 diluar bajet anda, bolehlah pilih Huawei B890 sebagai gantinya. Dengan fungsi yang sama namun harganya sedikit murah iaitu boleh didapati dengan harga RM490 di portal atas talian seperti Lazada dan lain - lain.

Ianya juga boleh diguna pakai untuk semua jenis Telco di Malaysia.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan