Model Terbaru Alcatel 3L Diperkenalkan. Dilengkapi Kamera 48MP

Hanya berharga dari USD155.00.


TCL Communication telah mengumumkan model terbaru telefon pintar Alcatel 3L di CES 2020. Alcatel 3L (2020) adalah model yang dinaik taraf daripaa versi sebelum ini yang telah dilancarkan pada Februari tahun lalu.

Perubahan paling drastik yang dilakukan ke atas Alcatel 3L (2020) adalah ia kini dilengkapi dengan tri-kamera AI utama yang berkuasa 48MP. Berbanding sebelum ini ia hanya dilengkapi kamera berkembar 13MP dan 5MP sahaja.

Malah ia juga kini dilengkapi skrin HD+ Vast bersaiz 6.22 inci (720x1520) serta bateri 4000mAh yang menyokong ciri pengecasan pantas.

Kapsyen: Alcatel 3L ditawarkan dalam 3 warna pilihan iaitu Chameleon Blue, Dark Chrome dan Agate Green.


Alcatel 3L dikuasakan oleh cip pemprosesan MT6762 (Mediatek) Octa core, RAM 4GB dan storan terbina dalam 64GB (menyokong tambahan storan kad SD sehingga 32GB).

Selain itu, antara ciri utama yang lain adalah menyokong ciri imbasan wajah dan pengesanan cap jari untuk keselamatan peranti.

Alcatel memaklumkan telefon pintar Alcatel 3L (2020) ini dijangka akan memasuki pasaran Eropah, Asia Pacifik, Timur Tengah dan Afrika seawal dalam suku pertama tahun ini.

Tanda harga Alcatel 3L (2020) adalah bermula dari USD155.00.

Berkaitan