Model Telefon Black Shark Rasmi Malaysia Boleh Mula Dipra-Tempah

Xiaomi telah memperkenalkan peranti menfokuskan permainan mudah alih pertama mereka di bawah jenama Black Shark pada April tahun lalu.

Selepas hampir setahun dilancarkan, peminat di Malaysia berpeluang untuk memiliki model Malaysia rasmi bagi telefon tersebut.

Mereka yang berminat kini boleh mula membuat pra-tempahan di laman DirectD dengan harga bermula RM1,599(6GB RAM+64GB ROM).


Xiaomi Black Shark hadir dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 845, bateri berkapasiti 4,000mAh, teknologi penyejukan cecair serta kamera utama 12MP+20MP.

Pra-tempahan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan ini atau terus ke mana-mana outlet DirectD berdekatan anda.

Model Black Shark ini juga boleh didapatkan dengan variasi 8GB RAM + 128GB ROM pada harga RM1,799.

 

Sumber: DirectD