Model Sempurna Iron Man Ini Dihasil Menggunakan Lebih Daripada 35,000 Lego

Model Lego Iron Man yang lengkap dengan Infinity Gauntlet ini setinggi 6.5'.


Pada acara San Diego Comic-Con 2019 yang telah berlangsung pada Julai 2019 lalu, salah satu model Iron Man dari filem Avengers: Endgame yang diperbuat dari permainan Lego adalah antara item yang menjadi perhatian para pengunjung.

Model Lego Iron Man tersebut diperbuat dengan menggunakan lebih daripada 35 ribu Lego atau secara tepatnya sebanyak 35,119 Lego digunakan bagi membina model tersebut.

Menceritakan lebih lanjut, ketua pereka model Iron Man yang setinggi 6.5' itu, Greg Omartian berkata pasukan beliau menghasilkan imej model 3 dimensi terlebih dulu bagi mennetukan gaya yang hendak ditetapkan berdasarkan ime-imej yang diberikan oleh pihak Marvel.

Menurut beliau, model sempurna Iron Man dari versi filem Avengers: Endgame yang lengkap dengan Infinity Gauntlet  itu adalah seberat 188 paun (sekitar 85kg). Masa yang diperlukan mereka bagi menyiapkan model tersebut sepenuhnya pula adalah selama 255 jam.

https://www.youtube.com/watch?v=QluVOFwwh_k