Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Model Pro iPhone 2020 Bakal Gunakan Panel OLED Dengan Teknologi Y-OCTA Samsung

Model Pro iPhone 2020 Bakal Gunakan Panel OLED Dengan Teknologi Y-OCTA Samsung

Diterbitkan November 28, 2019 oleh Meor Hasyim

Samsung dan LG akan menjadi pembekal panel OLED untuk ketiga-tiga model utama iPhone pada tahun 2020. Apple dikatakan merancang untuk melancarkan model 5G jadi, bilangan model bakal melebihi dari 4.

Untuk model 6.1 inci, ia akan menggunakan panel OLED dari Samsung dan juga LG. Manakala untuk model 5.4 inci dan 6.7 inci (iaitu model Pro) akan gunakan panel bersumberkan Samsung sahaja.

Ini adalah disebabkan ia akan menggunakan teknologi eksklusif Y-OCTA dari Samsung.

Apple may use Samsung OLED panels exclusively for the 2020 iPhone Pro models

Dengan teknologi Y-OCTA OLED, panel tidak memerlukan lapisan sensitif sentuh. Jadi panel akan lebih nipis dan kurang kos untuk dihasilkan (kurang lapisan dalam satu panel skrin).

Sebelum ini terdapat laporan bahawa iPhone pada tahun 2018 akan gunakan teknologi Y-OCTA OLED ini. Namun ketika itu Apple masih belum berpuas hati dengan kualiti yang dihasilkan mengikut kehendak mereka.

Sejak dari Galaxy Note 7, Samsung telah mula menggunakan panel Y-OCTA mereka. Dengan ura-ura ini, model iPhone Pro 2020 akan mempunyai panel yang lebih maju dan berkualiti berbanding model bukan Pro.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY