Model Mampu Milik ZTE Blade A7 Mula Dijual Pada Harga RM469

Pada bulan Mei lalu syarikat pengeluar telefon pintar dari China, ZTE, telah melancarkan model terbaru mereka yang diberi nama ZTE Blade A7, sebuah peranti mampu milik yang bersaiz 6 inci dijual dipasaran China pada harga CNY 599 (RM 361.69).

Kini, peranti 'bajet' itu sudah mula dijual bagi pasaran dalam negara pada harga RM469.



Model ini tampil dengan pada paparan skrin 6.09 inci HD+, MediaTek Helio P60 dan pilihan memori dalaman antara 2GB + 32GB dan 3GB RAM + 64GB.

Selain itu ia juga menyokong slot memori tambahan MikroSD dan bicu audio 3.5mm. Jadi pengguna dapat menaiktaraf kapasiti memori tambahan dan pengguna boleh menggunakan fon kepala berwayar bagi apa-apa aktiviti audio.

Spesifikasi kamera pula bersaiz 8MP pada kamera hadapan, 16 MP pada kamera belakang, bateri bersaiz 2000 mAh dan sokongan Android versi 9.0 Pie.



Lagi butiran bagi MediaTek Helio P60 ia mempunyai sokongan Artificial Intelligence (AI). Ia menggunakan sistem pemprosesan 8-teras 1.6 Ghz Arm Cortex-A55. Jika dibandingkan dengan Arm Cortex-A53, prestasi pada peranti Blade A7 ini meningkat sebanyak 20% dan kapasiti pemprosesan AI meningkat sehingga 6 kali ganda.

Baca lagi - #MWC2019 – ZTE Umum Tiga Model, Axon 10 Pro 5G, Blade V10 Dan Blade V10 Lita