Model Mampu Milik ZTE Blade A5 2020 Mula Dijual Pada Harga RM 359

ZTE Malaysia akan membawakan model terbaru mereka yang diberi nama ZTE Blade A5 2020 pada 16 Mac ini. Sebuah peranti mampu milik yang dijual pada harga RM 359. Dikuasakan dengan Android 9.0, telefon pintar ini turut disokong oleh pemproses 8 teras untuk prestasi telefon yang kuat.

zte blade a5 2020

Peranti ini didatangkan dengan skrin bersaiz 6.09 inci dan resolusi HD yang mempunyai takuk Waterdrop Notch pada paparan. ZTE Blade A5 2020 dilengkapi dengan 2GB RAM + 32GB memori dan menyokong slot memori tambahan MikroSD. Dwi kamera adalah gabungan lensa 13MP dan 2MP pada kamera belakang serta 8MP kamera hadapan.

Bateri peranti ini berkapasiti 3200mAh dan mempunyai fungsi imbasan wajah serta menyokong panggilan HD VoLTE. Selain itu, model ini menawarkan Dwi SIM di mana pengguna dapat menggunakan dua kad SIM pada peranti ini.

 

zte blade a5 2020

Pelanggan boleh dapatkan secara pra-tempah melalui Shopee bermula 12 Mac 2020. Pelanggan yang membuat tempahan secara pra-tempah juga akan menerima Genal bluetooth headset, kerangka TPU, tempered glass dan beg travel yang bernilai RM 158.

Bersempena dengan 4.4 Shopee Brands Festival, pembeli juga boleh berjimat dengan mendapatkan produk ZTE melalui Shopee. Bermula 20 Mac sehingga 4 April 2020, pelanggan boleh tebus baucar di kedai rasmi ZTE Malaysia di Shopee untuk menimati rebat sehingga RM50.