Model Baru Samsung Pintas P30 Pro Dan Galaxy S10 5G Dalam Carta DxOMark

Didalam carta prestasi kamera DxOMark, Huawei P30 Pro dan Samsung Galaxy S10 5G sedia berkongsi 112 mata di tangga pertama sejak beberapa bulan yang lalu. Kini, sebuah lagi model muncul memintas kedua-dua model sebagai peranti dengan prestasi kamera terbaik bagi ujian DxOMark.

Berbeza satu mata daripada peranti-peranti di tangga kedua, kemampuan kamera selfie Samsung Galaxy Note 10+ 5G menerima permarkahan 99 dari platform uji kamera tersebut.



Membariskan empat sensor kamera yang menggabungkan 12MP+12MP+16MP+3D ToF, tetapan ini berjaya memperoleh 118 mata bagi rakaman foto yang diuji dari beberapa aspek berbeza bagi imej pegun dibawah pelbagai keadaan pencahayaan. Keupayaan rakaman video pula mendapat 101 mata.



Kedudukan Samsung Galaxy Note 10+ 5G diramal akan dicabar tidak lama lagi dengan kedatangan peranti seperti Huawei Mate 30 Pro, iPhone 11 dan juga Pixel 4.