Model Baru Nintendo Switch Dijangka Hadir Awal Tahun Hadapan

Nintendo kini dilaporkan sedang merancang untuk memperkenalkan model Nintendo Switch baru yang mungkin membuat kemunculan seawal tahun hadapan.

Menurut laporan daripada Economic Daily News, konsol permainan popular itu perkhabaran ini diperolehi daripada rantaian syarikat pembekal konsol tersebut. Bagi model terbaru itu, Nintendo dijangka menambah baik kualiti paparan (4K) dan prestasi perkomputeran yang lebih tinggi.

Dikatakan juga, pengeluaran konsol model baru ini akan dimulakan pada penghujung 2020. Tahun lalu, Nintendo sedia memperkenalkan dua model Switch yang mana lebih kepada perubahan rekaan lebih kecil melalui versi Lite dan sebuah lagi dengan kuasa bateri yang lebih lama.

Pemasaran Nintendo sebelum ini tergendala akibat Covid-19 tetapi disambung semula pada April. Dalam tempoh 3 bulan berakhir 30 Jun, Nintendo Switch dilaporkan berjaya dijual sebanyak 5.5 juta unit dengan peningkatan jualan tahun-ke-tahun melebihi 160%.

Sumber: Economic Daily News