Mod Zombie Untuk COD Mobile Sempena Acara Halloween Tertiris - Juga Senjata Baharu...

Mod zombie dilaporkan akan hadir bersempena acara Halloween pada 31 Oktober nanti untuk permainan popular Call of Duty Mobile. Menurut sumber tirisan, mod zombie ini berkemungkinan datang dengan beberapa mod kecil didalamnya seperti 'Missions', 'Challenge',  'Strikes', 'Raids', 'Survival'.

Image

Kelihatannya, bahagian 'loadout' mendapat latar belakang yang gelap sesuai dengan tema zombie. Di samping itu, pengguna juga akan mempunyai fungsi 'Perk' yang akan digunakan sebagai kelebihan dan strategi utama dalam melawan zombie-zombie tersebut.

'Perk' ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 'Attack', 'Defense', dan 'Ability' dengan setiap satu bahagian boleh dimuatkan maksimum sebanyak 3 'Perk'.

Image

Bersempena dengan kemaskini acara Halloween tersebut, terdapat banyak senjata-senjata baharu yang akan dimuatkan sekali antaranya adalah seperti SVU-AS, MSR, dan MK48.



 

Kami masih belum mengetahui bilakah tarikh kemaskini ini akan dilepaskan. Apa yang pasti, ia akan hadir pada tarikh sekitar 31 Oktober nanti.

Sumber: @CODMobileLeaks, @DarkGoldKnightz