Mod Zombie Bakal Hadir Pada COD: Mobile

Sudah dua bulan pengguna peranti mudah alih "berperang" didalam aplikasi Call of Duty: Mobile. Sejak penawaran dibuat, ia sudah berjaya menambat hati pemain dengan pelbagai mod permainan yang disediakan.

Kini bagi menambah lagi kegirangan anda semua bermain, COD: Mobile bakal menampilkan mod Zombie yang akan bermula pada 22 November ini.





Selain daripada itu, pembangun juga turut mengacah kehadiran peta berlatarbelakangkan salji dan ia mungkin ditawarkan sekitar Disember bersempena Krismas.

Berikut merupakan kandungan yang sudah dan bakal ditawarkan pada COD: Mobile;


  • 11/11 – 18/11 ~ Call of Duty Endowment Pack




  • 15/11 – 21/11 ~ Sniper Only Event & Challenge




  • 15/11 – 24/11 ~ Molotov Cocktail Event




  • 16/11 – 24/11 ~ Weapon Mastery – Multiplayer




  • 22/11 ~ Zombie Mode




  • 25/11 ~ Battle Pass Season 2




Sumber: COD: Mobile Community