Tidak seperti telefon pintar lain yang memerlukan dwi kamera bagi mod potret(kesan bokeh), Google membawakan ciri berkenaan pada Pixel 2 dengan menggunakan sistem pembelajaran mesin untuk membahagi serta menganalisa data dari sensor lensa tunggal mereka.
Kini dilaporkan, mod potret tersebut bakal dinikmati pengguna telefon pintar android lain menerusi aplikasi kamera pihak ketiga yang berjaya dibangunkan oleh pembangun.
Buat masa sekarang, aplikasi terbabit hanya berjalan pada peranti yang dipacu dengan cip pemprosesan Exynos dan bagi peranti Qualcomm, ia sedang diusahakan. Antara peranti yang telah diuji dengan aplikasi ini adalah Galaxy S7, S8 dan Note 8.
Menurut laman XDA Developers, ciri tersebut hanya berfungsi pada kamera belakang sahaja dan disamping itu, ciri HDR+ juga ditawarkan serta turut berfungsi dengan baik tetapi penggunaannya tidak begitu lancar.
Ia tidak ditawarkan pada Google PlayStore kerana tidak melalui sebarang ujian keselamatan platform tersebut dan hanya boleh dimuat turun dari forum XDA Developers.
Dengan adanya aplikasi pihak ketiga yang berjaya dibangunkan, ia memberi peluang kepada peranti yang mempunyai lens tunggal mendapatkan imej bokeh yang semakin popular ketika ini.
Sumber: XDA Developers dan Phone Arena
Berkaitan
- WhatsApp Web Bakal Tampil Dua Ciri Baru - Mod PIP Dan Balas Secara Peribadi
- Google Maps Dan Google Search Akan Terima Mod Incognito Untuk Sembunyikan Navigasi Dan Carian Data
- HTC Dijangka Perkenal 3 Model Telefon Pintar Penghujung Tahun Ini
- Beberapa Pengguna Facebook Untuk Android Terima Ciri Mod Gelap
- HTC Malaysia Lancar Model Desire 10 Pro (RM1699) dan One A9s (RM1159)
- Apple Tamatkan Pengeluaran Model iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus
- PUBG Mobile Bakal Mempunyai Monster Mode - Buru Raksasa Untuk Dapatkan Kelengkapan
- Nokia Lanjutkan Tempoh Kemaskini Sekuriti Untuk Beberapa Model
- Iklan OnePlus 7 Pro Mengesahkan Model Itu Tampil Rekaan Tanpa Takuk Dan Bezel
- Kemaskini Terbaru Poco Launcher Disertakan Dengan Mod Gelap