Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Chrome

Mod Incognito Pelayar Chrome Kini Dengan Ciri Pengesahan Biometrik, Ini Cara Aktifkannya

Diterbitkan Januari 27, 2023 · Dikemas kini Januari 27, 2023 oleh ariff bukhari

Bagi menjadikan pelayaran internet anda lebih privasi di dalam mod Incognito di pelayar Chrome pada telefon pintar, Google kini menawarkan ciri pengesahan biometrik.

Ciri baru ini hanya akan membolehkan anda mengakses semula mod Incognito pelayar Chrome selepas ia menerima pengesahan imbasan wajah atau memasukkan nombor pin atau imbasan cap jari anda.

WhatsApp Image 2023-01-27 at 23.23.29
WhatsApp Image 2023-01-27 at 23.24.10
WhatsApp Image 2023-01-27 at 23.25.01

Bermakna, apabila anda meninggalkan pelayaran semasa di dalam mod Incognito pelayar Chrome, mod itu hanya akan dapat diakses semula selepas ia menerima pengesahan melalui 3 cara yang disebutkan di atas.

Berikut pula adalah cara bagi mengaktifkan ciri baru ini:-

  1. Buka aplikasi pelayar Chrome dalam telefon pintar Android anda.
  2. Masukkan pautan berikut pada ruang URL pelayar – chrome://flags/#incognito-reauthentication-for-android 
  3. Seterusnya pilih tetapan Enabled

WhatsApp Image 2023-01-27 at 23.19.01

Anda perlu lancarkan semula pelayar Chrome bagi mengaktifkan ciri yang baru diubah ini.

Selamat mencuba dan semoga pelayaran anda kini lebih selamat dari diakses oleh sesiapa sahaja yang menggunakan telefon pintar anda.

Berkaitan

  • Cara Cari Mesej Di WhatsApp Berdasarkan Tarikh Di iPhone
  • Gorilla Glass Victus 2 Bakal Buat Kemunculan Pertama Pada Siri Samsung Galaxy S23
  • Anda Digesa Semak Dan Buang Segera 203 Aplikasi Android Dan iOS Ini Dari Peranti

Sumber: xda-developers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY