Mod Gelap Secara Rasminya Hadir Di WhatsApp Untuk Android Dan iOS


Setelah berbulan-lamanya pihak WhatsApp menguji mod gelap, akhirnya hari ini mereka mengumumkan ia sudah boleh digunakan secara rasmi.





https://twitter.com/WhatsApp/status/1234901128887668736?s=19





Mod gelap antara peranti iOS dan Android adalah sedikit berbeza. Di iOS, ia menggunakan warna hitam pekat manakala Android pula kelabu gelap.





iOS




Android




Untuk peranti iOS 13 dan Android 10, mod gelap akan diaktifkan secara automatik. Untuk pengguna versi perisian lain pula, anda boleh menukarnya dalam tetapan WhatsApp itu sendiri.





Jika mahu menukar kepada mod gelap secara manual, anda boleh pergi ke Settings > Chats > Theme dan pilih "Dark". Terlebih dahulu sila pastikan aplikasi WhatsApp dikemaskini melalui App Store dan iOS.





Sumber: WhatsApp


Berkaitan