Mod Gelap Facebook Kini Tersedia Bagi Versi Desktop

Facebook hari ini mula melepaskan mod gelap bagi pengguna desktop. Hampir semua pengguna mula menerima akses bagi rekaan baru versi desktop bermula hari ini dimana ia menawarkan mod gelap, tab home screen baru dan profil yang lebih bersih.



Pada masa ini, pengguna masih boleh memilih untuk mengaktifkan mod gelap dan rekaan baru, tetapi pada akhir tahun ini ia akan diaktifkan secara default. Untuk mengaktifkan rekaan baru, di bahagian menu tetapan, klik pada 'Switch New Facebook'. Tanda pada 'dark mode' bagi mengaktifkan mod gelap.



Untuk kembali kepada rekaan sebelumnya, di tetapan yang sama, tekan pada 'Switch to classic Facebook'. Rekaan baru desktop ini menawarkan navigasi tab seperti Home, Watch, Marketplace, Groups dan Gaming di bahagian tengah berbanding sebelumnya di bahagian tepi.

Terdahulu, Facebook pertama kali menguji fungsi ini adalah pada Oktober tahun lalu sebelum melepaskan kepada pengguna hari ini. Syarikat tersebut mengambil masa selama dua tahun untuk menjadikan aplikasi Facebook lebih mudah.

Sumber: TechCrunch