Bagi yang tidak pernah, beliau adalah salah seorang pengkritik telefon pintar terkemuka antarabangsa dan juga merupakan YouTuber terkenal.
Sejak beberapa tahun yang lepas, MKBHD pasti akan menghasilkan satu video bagi penyampaian "anugerah" bagi telefon pintar terbaik tahunan. 2018 juga tidak terkecuali.
Satu video bertajuk "Smartphone Awards 2018!" telah dikirim di saluran Youtube-nya beberapa hari lepas. Keputusan penuh anugerah berkenaan adalah seperti berikut:
1. Telefon Pintar Bersaiz Besar Terbaik
- Samsung Galaxy Note 9 (pemenang)
- Huawei Mate 20 Pro (tempat kedua)
2. Telefon Pintar Bersaiz Kecil Terbaik
- Apple iPhone XS
- Google Pixel 3
3. Telefon Pintar Dengan Kamera Terbaik
- Google Pixel 3 XL
- iPhone XS
4. Daya Tahan Bateri Terbaik
- Huawei Mate 20 Pro
- Apple iPhone XR
5. Reka Bentuk Terbaik
- Oppo Find X
- Xiaomi Mi Mix 3 & Vivo NEX S
6. Telefon Pintar Bajet Terbaik
- Pocophone F1
- Nokia 7 & Honor 8X
7. Telefon Pintar Paling Mengecewakan
- Red Hydrogen One
8. Telefon Pintar Paling Meningkat Naik
- Razer Phone 2
Anugerah yang paling ditunggu-tunggu pastinya Telefon Pintar Terbaik 2018. Dan pemenang bagi anugerah tersebut ialah ONEPLUS 6T.
MKBHD juga meletakkan Samsung Galaxy Note 9 di tempat kedua sambil Huawei Mate 20 Pro diberikan penghargaan khas.
Bagaimanapun, semua anugerah di atas adalah merupakan pandangan peribadi beliau dan tidak mustahil jika ada satu atau dua penganugerahan yang tidak dipersetujui oleh pihak lain.
Macam mana pula dengan anda? Setuju ke dengan Marques Brownlee ni? Seperti biasa, kongsikan pandangan anda di raungan komen.
Sumber: Marques Brownlee
Berkaitan
- Samsung Turut Memperkenalkan Kamera Mudah Alih Comel, Samsung Gear 360
- Ulasan Huawei P20 Pro - Raja Kamera Bermata Tiga
- Huawei P10 Hadir ke Pasaran Malaysia Seawal Rabu Ini.
- Facebook Memperkenalkan Aplikasi Facebook 360 untuk Samsung Gear VR
- Peranti Ini Mampu Teropong Lebih Jauh Dari Huawei P30 Pro
- Ini 10 Perkara Tentang Huawei Mate 30 Pro Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli
- Lima Telefon Pintar Dengan Kamera Terbaik Di Bawah Paras Harga RM 1,000
- Huawei Mate 20 Pro Hampir Pasti Dijual Dengan Harga Lebih Murah Berbanding iPhone XS
- Terangi Sisi Gelap Anda Dengan Huawei P30 Pro, Hidup Lebih Cerah
- Huawei Nova 3i - Tak Perlu Belanja Besar Untuk Beli iPhone Bagi Dapatkan Kualiti Selfie Terbaik