Jika dilihat, MKBHD merupakan seorang penggemar Google Pixel kerana pada video-video sebelum ini jelas menunjukkan bahawa beliau sentiasa membawa peranti keluaran Google itu bersamanya.
Video dari Unbox Therapy di mana MKBHD mendedahkan beliau menggunakkan Google Pixel 2XL
Video bersama iJustine dan dilihat beliau menggunakkan Google Pixel 2XL Panda.
Video dari Supersaf di mana MKBHD mendedahkan Google Pixel 3XL merupakan peranti hariannya.
Beliau juga menerangkan bahawa keupayaan kamera yang cemerlang pada siri Google Pixel 2XL dan 3XL dan hadir dengan Stock Android yang telah membuatkan beliau memilihnya sebagai peranti harian.
Beliau pernah menganugerahkan Google Pixel 3 dan 3XL sebagai peranti yang mempunyai kamera terbaik pada 2018 dalam video "Best Smartphone Awards 2018".
Kredit : Mrwhosetheboss
Namun, berbeza pada tahun ini, apabila beliau tidak memilih Google Pixel 4 sebagai peranti dengan kamera terbaik. Di dalam satu video terbaru dari Mrwhosetheboss yang bertajuk "The Best Smartphone 2019 feat MKBHD, beliau telah ditanya sebanyak 25 soalan oleh Mrwhosetheboss.
Antara soalan yang paling menarik ialah soalan ke 20 apabila beliau ditanya tentang kamera manakah pilihan beliau antara tiga peranti unggul iaitu Samsung Galaxy Note 10 Plus, Google Pixel 4 dan juga Iphone 11 Pro.
Agak mengejutkan apabila beliau memilih Iphone 11 Pro sebagai peranti yang mempunyai kamera terbaik secara keseluruhan walaupun beliau tetap memuji keupayaan kamera Google Pixel 4 tetapi Pixel 4 dilihat mempunyai kelemahan dalam merekod video dan secara keseluruhan Iphone 11 Pro menjadi peranti hariannya untuk mengambil gambar.
Beberapa soalan menarik yang lain juga diajukan kepada beliau seperti pendapat beliau mengenai Realme X2 dan beliau memuji spesifikasi dan harga yang terdapat pada peranti tersebut. Untuk video penuh anda boleh menonton di link di bawah:
https://www.youtube.com/watch?v=dJCA_RxBXuA&t=394s
Jelas bahawa dari segi keupayaan kamera, Google Pixel 4 bukan pilihan beliau pada tahun ini. Berkemungkinan kerana tiada lensa sudut ultra lebar dan rakaman video maksimum 4K 30fps menjadi sebab utama beliau lebih memilih Iphone 11 Pro sebagai kegunaan hariannya untuk mengambil gambar dan video. Mungkin penjelasan sepenuhnya nanti akan dinyatakan pada "MKBHD Smartphone Awards 2019" nanti.
Kredit : Mrwhosetheboss
Berkaitan
- Motorola Yakin Telefon Boleh Lipat Terbarunya Tidak “Rapuh” Seperti Galaxy Fold
- Unbox Therapy Buka Kotak Kesemua Model iPhone 11 Dengan Gaya Unik
- Digi Mahu Bantu Usahawan PKS Melalui Program MY Digital SME
- Google Pixel 4 Dan 4XL Diperkenalkan Secara Rasmi Pada 15 Oktober Ini
- Samsung Galaxy Note 10 Bakal Hadir Dengan Kamera 3D?
- Switch Membuat Penurunan Harga Bagi Iphone Xs Max
- SuperVooc 65W Dilihat Mengecas Penuh Bateri 4000mAh Hanya Dalam Tempoh 30 Minit
- Selepas 11 Tahun, MKBHD Raih 10 Juta “Followers” Di Youtube
- Iphone 11 Pro Max Mendapat Skor 117 Dalam Ranking Dxomark
- Google Pixel 3A Dinobatkan Sebagai Peranti Paling Lasak Dalam Anugerah Ketahanan Peranti JerryRigEverything