Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MKBHD Memenangi Anugerah Pencipta Kandungan Teknologi Terbaik Dalam Streamys Awards 2019

MKBHD Memenangi Anugerah Pencipta Kandungan Teknologi Terbaik Dalam Streamys Awards 2019

Diterbitkan Disember 15, 2019 · Dikemas kini Disember 16, 2019 oleh irfan suhaimee

Baru-baru ini, telah berlangsung “Youtube Streamys Awards 2019” yang berlangsung di Beverly Hilton. Acara ini bertujuan untuk menghargai para pencipta kandungan terbaik sepanjang tahun.

”Streamys Awards 2019” menampilkan 16 kategori antaranya “creator of the year”, “show of the year, food, technology dan pelbagai lagi.

MKBHD Memenangi Anugerah Pencipta Kandungan Teknologi Terbaik Dalam Streamys Awards 2019

Antara yang menjadi tumpuan dalam anugerah ini ialah anugerah pencipta kandungan teknologi terbaik yang dimenangi oleh pengulas gajet terkenal iaitu MKBHD. Ia merupakan satu lagi kejayaan MKBHD setelah merangkul anugerah dalam kategori “Science And Education” pada tahun lalu.

Pada tahun ini, beliau telah menewaskan 4 nama besar pencipta kandungan teknologi iaitu Sara Dietschy, iJustine, TechKaboom dan Unbox Therapy yang turut tersenarai dalam anugerah ini.

MKBHD Memenangi Anugerah Pencipta Kandungan Teknologi Terbaik Dalam Streamys Awards 2019

MKBHD telah memuatnaik gambar terbaru di dalam akaun Instagram miliknya dan beliau berasa amat dihargai dan gembira dengan anugerah tersebut.

Anugerah “Creator of the year” telah dimenangi oleh Tana Mongeau dan David Dobrik pula memenangi anugerah First Person presented by GoPro HERO8 Black. Manakala The Game Theorist pula memenangi anugerah pencipta kandungan permainan video terbaik.

Sumber : streamys, variety

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY