Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MIUI 9 Bakal Tampil Dengan Fungsi Memadam Aplikasi Bloatware

MIUI 9 Bakal Tampil Dengan Fungsi Memadam Aplikasi Bloatware

Diterbitkan Disember 25, 2016 · Dikemas kini Disember 26, 2016 oleh Helmi Samsuri

Beijing-Sebahagian besar pengguna Android mungkin berasa sedikit terganggu dengan aplikasi yang dipasang secara default di dalam telefon pintar mereka. Realitinya, tidak semua aplikasi yang dipanggil bloatware itu benar-benar digunakan dan ia hanya memakan ruangan memori di dalam telefon.

Namun jika pengguna memadam salah satu aplikasi bloatware, kadangkala sistem telefon tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Oleh kerana itu, memadam atau nyahpasang aplikasi pre-installed/bloatware ini dilihat memberi risiko tinggi kepada telefon untuk berfungsi secara normal.

Menurut laporan yang dipetik dari GizmoChina, Xiaomi khabarnya bercadang mahu membina MIUI 9 dengan keupayaan memadam aplikasi bloatware. Pengumuman itu dibuat oleh Ma Ji, Pengurus Produk MIUI pada acara Global Tech 2016. Fungsi ini dilihat memberi banyak faedah kepada pengguna MIUI dimana mereka boleh memadam aplikasi bloatware yang jarang atau tidak pernah digunakan langsung dalam masa yang sama menjimatkan ruang simpanan telefon pintar.

Seperti contoh, pengguna lebih gemar menggunakan Google Keep dari aplikasi nota pasang siap. Dengan fungsi yang ada pada MIUI 9 nanti, pengguna dapat memadam aplikasi nota yang dipasang secara default itu dan menggantikan Google Keep sebagai aplikasi nota. Pengguna tidak perlu lagi menyimpan dua aplikasi yang mempunyai fungsi sama di dalam telefon pintar.

Selain itu, maklumat lain yang turut diperolehi dari acara itu adalah aplikasi dari Xiaomi kini boleh dimuat turun serta diguna pakai oleh pengguna bukan MIUI.  Xiaomi sudah mempunyai aplikasi kalkulator yang tersedia untuk semua telefon android dan kita boleh mengharapkan aplikasi yang lain lagi selepas ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi, Maxis Terima Penganugerahan Spektrum Baharu Daripada MCMC
  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
©2026 WISER.MY